Sunday, 2 December 2018

VIDEO SPICE ROUTES 6 EPISODE 9 - Ayam Belanda



 Resepi: Ayam Belanda Panggang
 Bahan Untuk Perap
5 batang serai tanam sendiri atau satu genggam tarragon tanam sendiri
3 biji bawang besar dikupas dan dipotong kecil
2 labu bawang putih dikupas
1 sudu besar rampah kari
1 biji tomato dipotong
3 biji cili padi (atau cili wangi)
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula melaka
1/2 cawan air masak

Cara Menyediakan

1. Campurkan semua ramuan perap ke dalam pengisar.
2. Kisar semua ramuan sehingga lumat.
3. Sapukan separuh daripada ramuan pada kulit ayam belanda.
4. Simpan ramuan yang selebihnya di dalam peti sejuk.
5. Masukkan ayam belanda ke dalam periuk takanan tinggi.
6. Masukkan secawan air masak.
7. Tutup rapat dan panaskan menggunakan api sederhana. Teruskan memanas selama sepuluh minit selepas stim keluar.
8. Tutup api dan biarkan selama setengah jam. Asingkan air dalam periuk. Air ayam belanda akan digunakan sebagai stok.
9. Jika gunakan periuk biasa, tambahkan 2 cawan air dan panaskan selama 45 minit menggunakan api sederhana.

Apabila selesai, asingkan air ayam belanda dari isinya.

Pastikan daging ayam belanda kering dan sedia untuk disumbat. Air ayam belanda akan digunakan sebagai ramuan kuah (gravy).


EmoticonEmoticon